top of page

 TENTANG SAYA

Dr Kavitha

Hello dan selamat datang ke laman web saya, iDrKavitha! Saya Dr Kavitha, pakar mata di Hospital Pantai Ayer Keroh. Dalam era digital ini, lebih mudah untuk pesakit mengetahui sedikit sebanyak mengenai penyakit mata sebelum menjejakkan kaki ke dalam klinik pakar mata. Walaubagaimanapun, adalah amat penting untuk mendapatkan maklumat yang sahih, tepat and mengikut perkembangan sains terkini. Dengan kekayaan maklumat yang tersedia ada atas talian, sukar untuk membezakan fakta dari fiksyen dan kebenaran daripada cereka. Oleh itu, saya percaya adalah penting bagi saya untuk terbitkan laman web iDrKavitha ini untuk mewujudkan kesedaran, menjawab soalan dan memastikan maklumat yang berkaitan dengan kesihatan mata sentiasa dikemas kini dengan baik.

Kenali saya:

  • Saya telah berkecimpung bidang perubatan sebagai pakar mata melebihi 15 tahun, setelah menjalani latihan dan bekerja di Malaysia dan India.

  • Saya mengesan, merawat dan menguruskan semua jenis kondisi berkaitan mata tidak kira pesakit muda atau tua, termasuk katarak dan pengurusan komplikasi kanta kontak.

  • Saya juga sering merawat glaukoma, degenerasi makula berkaitan usia dan penyakit mata kencing manis. Keistimewaan saya adalah dalam pembetulan penglihatan melalui pembedahan katarak dan implan lensa serta rawatan retina yang melibatkan terapi laser dan suntikan anti-VEGF.

  • Saya mengambil pendekatan menyeluruh dalam bidang Oftalmologi dan percaya kepada pengurusan kesihatan berasaskan pasukan ("multidisciplinary approach"). Saya menggalakkan untuk meningkatkan saringan, pengesanan awal dan pengurusan penyakit mata supaya penyakit mata boleh dirawat sebelum kerosakan kekal. Saya juga berminat untuk memberi rawatan optimum melalui rawatan yang lebih individu, tidak kira dari yang ringkas hingga yang kompleks.

  • Saya memahami sepenuhnya kebingungan pesakit saya dalam pelbagai pilihan yang tersedia untuk rawatan pemulihan penglihatan dan saya ingin mencapai hasil terbaik berasaskan bukti.

  • Dalam usaha saya untuk "memerangi kebutaan", saya sering memberi ceramah, menulis artikel dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan primer mengesan penyakit pada peringkat awal untuk memberi pengetahuan untuk mencegah kebutaan dan mencapai hasil rawatan yang terbaik.

  • Saya suka activity luar rumah, menikmati berbasikal, berjoging dan meluangkan masa bersama keluarga yang berharga. Saya harap anda menikmati melawat laman web saya dan mendapatkan manfaat yang daripadanya. Jangan ragu untuk membuat temujanji dan datang ke klinik saya untuk ujian mata dan perundingan pakar.

​

Dr Kavitha MBBS (MANIPAL), MS (OPTHAL) UKM

bottom of page